Friday 12 September 2014

COOP HOTEL Akan Beroperasi Oktober 2014




Insya Allah ini adalah berita baik kepada kakitangan kerajaan dan swasta yang memerlukan penginapan hotel bajet yang bersih dan selesa ketika berurusan di Putrajaya dan Cyberjaya. Lokasi COOP Hotel ini hanya 3 KM dari Putrajaya International Convention Centre dengan masa perjalanan kenderaan selama 5 minit sahaja.

Hotel ini dimiliki dan diuruskan sendiri oleh Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya Berhad (KPPCB). COOP Hotel dengan 20 bilik ini boleh memuatkan 48 orang pengunjung pada satu-satu masa. Ia juga dilengkapi dengan siaran Astro, minuman panas dan sejuk (layan diri) dan ruang bilik, bilik air dan katil yang selesa lagi bersih. Coop Cafe dengan konsep layan diri juga disediakan di ruang lobi hotel.

Harga bersih sewaan bilik penginapan di sini bermula dari RM89.00 hingga RM129.00 bergantung jenis dan keluasan bilik. Diskaun pengenalan sebanyak 10% diberikan kepada setiap pengunjung sepanjang bulan Oktober 2014. Pakej menarik juga boleh dibincangkan kepada rombongan yang menginap di hotel ini.

Bagi penginap yang memerlukan perkhidmatan teksi, anda tidak perlu risau kerana KPPCB adalah pengendali utama perkhidmatan teksi di Putrajaya dan Cyberjaya. Perkhidmatan teksi untuk anda bergerak ke mana-mana destinasi adalah dijamin sepenuhnya oleh KPPCB.

0 comments :

Post a Comment